Posts

Cara Dapatkan Sijil TBE daripada IBFIM

Image
Tak susah sebenarnya nak dapatkan sijil TBE daripada IBFIM, Aku dulu-dulu dah ambil takaful bahagian A dan C, cumanya aku tak pernah terfikir nak ambil sijil asli hardkopi TBE. lepas 5 tahun baru aku ambil. Ikutkan syaratnya lepas sebulan keputusan peperiksaan TBE keluar dah boleh ambil sijil takaful. Boleh datang sendiri ke pejabat IBFIM atau penghantaran melalui Kurier. Aku duduk Johor, jadi lebih selesa aku guna kurier je. Tak buang minyak kereta, tol, makan minum nak pergi ambil kat IBFIM. "Calon yang berjaya akan dikeluarkan sijil oleh IBFIM satu (1) bulan selepas tarikh peperiksaan. Sijil ini hanya akan dicetak sekiranya terdapat permintaan. Sila hubungi Helpdesk TBE di 03- 2031 1010 ext 582/583/568 untuk mengatur pengambilan sijil anda. Calon dikehendaki mengambil sijil di IBFIM atau memohon untuk kurier (dengan caj). Untuk tujuan sijil penghantaran, RM 10.00 (Semenanjung) atau RM15.00 (Sabah dan Sarawak) dikehendaki didepositkan ke dalam akaun Bank Islam IBFIM (no

Pengalaman Exam TBE

Image
Pengalaman ambil peperiksaan TBE bahagian B (takaful am). Untuk exam ni, aku cuma ambil bahagian B sahaja. Sebelum ini, aku dah ambil  periksa tbe bahagian A dan C nov 2013. Tbe bahagian B aku daftar suka-suka je. Entahla, aku memang kemaruk nak jawab periksa. Dah lama tak belajar, rasa otak agak berkarat. Periksa bahagian b aku daftar 27/8/2018, tarikh periksa 7/9/2018. Kali ni Aku ambil periksa dekat OUM batu pahat. Jadi ada la dalam 2 minggu tempoh untuk aku  membaca. Dalam 2 minggu aku dah khatam baca part b, dua kali. Masa sehari sebelum periksa, aku baca la sampai muka surat 30, tak sempat nak khatamkan. Bahagian b tak ada la banyak mana, cuma 96 muka surat je. Periksa hari jumaat, jarak rumah dengan oum batu pahat sejam, Lebih kurang 50km.  aku keluar awal sebab taknak kulang kabut. Kol 12.50 tengah hari dah gerak daripada rumah. Dekat 1.25 petang baru berhenti solat jumaat dulu. Dekat kawasan banang hujan + banjir. Sampai dekat oum batu pahat 2.30 petang. Dekat oum ada o