Cara Dapatkan Sijil TBE daripada IBFIM

Tak susah sebenarnya nak dapatkan sijil TBE daripada IBFIM,
Aku dulu-dulu dah ambil takaful bahagian A dan C, cumanya aku tak pernah terfikir nak ambil sijil asli hardkopi TBE. lepas 5 tahun baru aku ambil.

Ikutkan syaratnya lepas sebulan keputusan peperiksaan TBE keluar dah boleh ambil sijil takaful. Boleh datang sendiri ke pejabat IBFIM atau penghantaran melalui Kurier. Aku duduk Johor, jadi lebih selesa aku guna kurier je. Tak buang minyak kereta, tol, makan minum nak pergi ambil kat IBFIM.

"Calon yang berjaya akan dikeluarkan sijil oleh IBFIM satu (1) bulan selepas tarikh peperiksaan. Sijil ini hanya akan dicetak sekiranya terdapat permintaan. Sila hubungi Helpdesk TBE di 03- 2031 1010 ext 582/583/568 untuk mengatur pengambilan sijil anda. Calon dikehendaki mengambil sijil di IBFIM atau memohon untuk kurier (dengan caj).
Untuk tujuan sijil penghantaran, RM 10.00 (Semenanjung) atau RM15.00 (Sabah dan Sarawak) dikehendaki didepositkan ke dalam akaun Bank Islam IBFIM (no akaun: 1401 4010 1426 37) untuk yuran pemprosesan. Calon dikehendaki menghantar e-mel resit pembayaran ke tbe@ibfim.com ATAU faks ke 03-2026 9988 perhatian kepada Unit Peperiksaan & Penilaian dengan alamat surat-menyurat lengkap dan nombor telefon yang sah". - http://takafuleexam.com/tbe/introduction
Yang ni email aku hantar kepada pihak IBFIM nak mintak sijil .


Ada sedikit kesilapan teknikal masa buat pembayaran wang proses, Aku guna akaun orang lain untuk pindahkan duit melalui online transfer. Jadi pihak IBFIM telefon aku untuk dapatkan kepastian. Jadi untuk lebih baik, gunakan akaun bank sendiri. Lepas tu IBFIM akan balas email tu.


IBFIM juga akan maklumkan sekali dengan no traking pos. dalam beberapa hari lepas tu sampai rumah. dah boleh frame sijil tu. buat kenangan.


Comments