Pengalaman Exam TBE

Pengalaman ambil peperiksaan TBE bahagian B (takaful am). Untuk exam ni, aku cuma ambil bahagian B sahaja. Sebelum ini, aku dah ambil  periksa tbe bahagian A dan C nov 2013.
Tbe bahagian B aku daftar suka-suka je. Entahla, aku memang kemaruk nak jawab periksa. Dah lama tak belajar, rasa otak agak berkarat.

Periksa bahagian b aku daftar 27/8/2018, tarikh periksa 7/9/2018. Kali ni Aku ambil periksa dekat OUM batu pahat. Jadi ada la dalam 2 minggu tempoh untuk aku  membaca. Dalam 2 minggu aku dah khatam baca part b, dua kali. Masa sehari sebelum periksa, aku baca la sampai muka surat 30, tak sempat nak khatamkan. Bahagian b tak ada la banyak mana, cuma 96 muka surat je.

Periksa hari jumaat, jarak rumah dengan oum batu pahat sejam, Lebih kurang 50km.  aku keluar awal sebab taknak kulang kabut. Kol 12.50 tengah hari dah gerak daripada rumah. Dekat 1.25 petang baru berhenti solat jumaat dulu. Dekat kawasan banang hujan + banjir. Sampai dekat oum batu pahat 2.30 petang.

Dekat oum ada orang tegur aku,  "ambil exam ke?”. Aku jawab ye abg,  dia bagi aku kad perniagaan. Aku tengok kad perniagaan... agensi manager takaful ikhlas... berbual la sikit. Dia datang sebab nak bagi kertas slip pendaftaran tbe dekat 3 orang bakal agen baru dia. Diorang semua ambil bahagian a dan c. Aku sampai 2.30 dengan niat datang awal boleh la baca2 nota sikit. Tapi tak ke sampaian aku bebual dengan dia sampai 3.20 petang. Dia yang suruh aku masuk dah dekat waktu nak exam. Sioot betuk aku seronok berbual. Okay la aku pun pergi Masuk makmal komputer.

Daftar dekat pengawas peperiksaan. Tunggu sampai 3.30petang baru boleh mula periksa. Petang tu tak ada la ramai yang ambil periksa. Dalam senarai macam berbelas. Tapi yang ambil macam kurang 10 orang. Mungkin ramai terkandas banjir. Periksa bermula, aku mula la jawab. Aku terpaksa rapatkan skrin monitor dengan aku, maklumla rabun tapi sombong tak nak pakai cermin mata. sampaikan pengawas peperiksaan tanya nak saya besarkan tulisan ke?.. aku cakap “tak apa abg, okay je”. Sebab aku sengaja nak fokus baca soalan. Sedap je aku hentam menjawab. 20minit siap semua aku hentam. Nampak tak aku fokus menghentam. Aku tak semak balik lepas jawab soalan tu semua. Jangan ikut aku ye. Aku tekan button “hantar”. Gemuruh juga nak tahu keputusan. Agak lambat juga dia loading..

Keluar dah keputusan periksa, aku tak baca apa pun kat skrin tu, aku cuma nak cari perkataan “pass”. Aku jumpa perkataan tu. lepas tu macam aku nampak dapat B. Entahla, aku pelik betul aku tak baca betul-betul keputusan tu. lepas tengok macam tu.. aku macam blurr.. tak tau apa nak buat. Aku nampak pengawas peperiksaan datang kat arah aku, aku angkat tangan cakap nak keluar sebab dah siap. Sebenarnya aku pun tak pasti lepas keputusan tu ada lagi tak button lain, ada ke lagi yang button confirm. Aku jadi blurr.. aku pun salam dengan pengawas peperiksaan tu, dan berjalan keluar daripada makmal komputer tu. sebenarnya bila dipikir pikirkan balik. Aku rasa menyesal keluar awal. Aku jawab 25minit. Masa ada sejam lagi. Calon lain mungkin tengok aku, “wahh giler budak ni dah siap awal, power giler”. Tapi sebenarnya aku blurr.. hahaha.. sepatutnya, aku teman rakan lain yang ambil periksa sampai waktu yang sesuai untuk aku keluar. Boleh aku semak balik jawapan aku.

Gara-gara darah gemuruh campur penuh keterujaan. Membuatkan aku jadi tidak dapat berpikir dengan jelas.. ah noob betul... dalam perjalanan balik aku masuk ibfim untuk semak keputusan periksa.. kahakhakhah.. sampai kemalam aku cek.. ngek betul la.. mana keluar lagi, diorang belum update keputusan periksa. Jadi aku tunggu minggu hadapan, keputusan periksa aku. InsyaAllah aku akan update nanti.. kalau aku rajin ye.

Masa aku jawab periksa, aku banyak bab takaful motor,takaful penerbangan, takaful kebakaran. Awal-awal bab untuk bahagian b. Aku rasa soalan agak mudah, mungkin rezki membaca dua kali sampai khatam. Allah permudahkan usaha untuk menjawab.aku harap keputusan nanti aku lulus.

8 September 2018/ Sabtu

aku dapat email daripada IBFIM. keputusan dah muktamad aku lulus dapat B.



Alhamdulillah lulus sudah. lepas ni nak cari agensi untuk takaful am.

Manis senyumnya,
Sempatku bertanya kabarnya.
Menyesalku rasa,
Tak bertanya nama.

Comments